Kemasukan pelaburan asing bantu stabil ringgit

KUALA LUMPUR – Ringgit terus dibuka pada kadar yang lebih baik pagi tadi, mendapat manfaat daripada kesan limpahan yang didorong oleh minat pelabur asing dalam bursa tempatan.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3385/3485 berbanding dolar AS daripada 4.3425/3460 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, minat pelabur asing yang tinggi dalam pasaran modal Malaysia telah mendorong permintaan terhadap ringgit, seperti yang dapat dilihat daripada kenaikan semalam apabila indeks utama ditutup hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh 45 bulan kepada 1,675.24.

Katanya, peserta pasaran memantau data ekonomi Amerika Syarikat (AS), terutamanya inflasi Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada suku kedua 2024.

Beliau berkata, pasangan mata wang USD/MYR dijangka bergerak ke arah paras sokongan segera pada RM4.3000, walaupun mungkin terdapat aktiviti pengambilan untung.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka berada antara RM4.3400 dan RM4.3500 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dan mata wang Asean.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.0035/0106 daripada 3.0096/0122 pada Rabu, meningkat berbanding euro kepada 4.8261/8373 daripada 4.8362/8401 dan menambah berbanding pound kepada 5.7233/7365 daripada 5.7425/7472.

Berbanding mata wang Asean, ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3281/3360 daripada 3.3337/3367 pada Rabu dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7367/7739 daripada 12.7709/7865.

Ia turut naik berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.74 daripada 7.72/7.73 pada Rabu dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 281.2/282.1 daripada 281.5/281.9.

Related Posts

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada kestabilan politik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan serta keyakinan pelabur terhadap Malaysia diperkukuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali