JPA tegur laporan Harakahdaily

KOTA BHARU – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegur lidah rasmi Pas kerana menjadikan hantaran gambar lama sebagai laporan berita berkaitan isu ketiadaan kakitangan di kaunter kerajaan pada waktu bekerja.

Teguran itu dibuat oleh pengendali (admin) laman Facebook JPA yang memberi komen pada perkongsian berita berkenaan di Facebook Harakahdaily, hari ini.

“Terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia. JPA berbangga dengan sikap rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh inginkan pembaharuan dalam perkhidmatan kerajaan.

“Namun begitu, mohon kerjasama untuk menggunakan gambar yang terkini dan mutakhir agar tidak merosakkan nama kementerian dan jabatan terbabit,” kata JPA.

Harakahdaily dalam laporan itu memetik seorang pengguna Facebook bernama Bakar berkongsi gambar kaunter sebuah pejabat kerajaan yang tidak diperincikan lokasinya.

Harakahdaily memetik komen pengguna media sosial yang memberi respons terhadap gambar berkenaan.

“Dah jam 9 pagi, tiada seorang pun di kaunter,” lapor Harakahdaily memetik komen itu.

JPA kemudiannya menjelaskan gambar yang asalnya dimuat naik di halaman Facebook “B40 buat perangai apa hari ini” itu merupakan gambar lama pada tahun 2022 dan 2023.

JPA juga mengundang pengguna itu membuat aduan dengan gambar terkini. 

“Kami sedia membantu, bukti yang kukuh diperlukan untuk tindakan,” kata JPA.

Related Posts

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dengan SpaceX menerusi perkhidmatan internet satelit Starlink bagi meluaskan capaian internet berkualiti, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Qatar senada mahu konflik serta pertempuran yang melanda rantau Asia Barat dihentikan segera demi menjamin keselamatan dan keamanan sejagat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99