Bursa Malaysia lepasi paras 1,660 mata

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras 1,660 dengan indeks penanda aras memperoleh 0.79 peratus, paras tertinggi dalam tempoh 44 bulan disokong oleh belian berterusan di kaunter perkhidmatan kewangan.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 13.17 mata kepada 1,665.46 daripada 1,652.29 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks FBM KLCI tertinggi sebelum ini dicatatkan pada 14 Disember 2020, ia ditutup pada 1,662.74.

Indeks itu dibuka 5.48 mata lebih tinggi kepada 1,657.77.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 183 berbanding 178, manakala 217 kaunter tidak berubah, 1,938 kaunter tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 136.53 juta unit bernilai RM121.54 juta.

Saham di pasaran Wall Street ditutup tinggi dalam persekitaran ketidaktentuan kerana pedagang menunggu pengumuman pendapatan Nvidia yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, sentimen tempatan semakin baik dengan peningkatan pendapatan korporat, ekonomi kukuh, lebih banyak kontrak pembinaan terutamanya di pusat data dan pengukuhan nilai ringgit.

“Semua faktor ini mendorong pasaran untuk diniagakan lebih tinggi.

“Kami percaya pengumpulan saham mewah akan berterusan walaupun sentimen pasaran lebih luas mungkin agak suram kerana kekurangan penyertaan runcit,” katanya kepada Bernama.

Beliau menganggap kemasukan tawaran awam permulaan (IPO) baru-baru ini mencecah RM2 bilion diperoleh untuk separuh pertama 2024 mungkin menjadi salah satu sebab utama minat rendah terhadap permodalan kecil.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan berada antara julat 1,645 hingga 1,655 hari ini dalam tempoh musim pengumuman keputusan pendapatan bagi suku ketiga 2024,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik 10 sen kepada RM10.80, Public Bank meningkat enam sen kepada RM4.74, CIMB menambah 20 sen kepada RM8.13 dan Tenaga menokok 16 sen kepada RM14.08, IHH merosot dua sen kepada RM6.28.

Related Posts

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

KALABAKAN – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka membolehkan Sabah menerima 40 peratus bahagian menerusi pelaksanaan projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di negeri ini. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa