Sarawak fokus sektor penerbangan teknologi tinggi – Abang Johari

KUCHING – Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak mempunyai perancangan membangunkan pusat penyelidikan berkaitan sektor penerbangan berteknologi tinggi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pusat tersebut sangat penting untuk menerokai teknologi baharu seperti pengagihan tenaga tanpa wayar, avionik, satelit, dron dan aeroangkasa.

Ketika lawatan rasmi di Australia, Abang Johari berkata Sarawak perlu bersedia terlibat dalam industri aeorangkasa selepas kerajaan Persekutuan mahu menjadikan Sarawak sebagai lokasi pelancaran satelit.

“Oleh itu, kampus Swinburne di Sarawak dijadikan fokus tempat penyelidikan tenaga dan teknologi turbin,” ujar beliau.

Abang Johari juga berkata Sarawak mempunyai kelebihan dalam tenaga boleh diperbaharui selain menghasilkan bahan baharu.

Sementara itu, beliau turut mengulas berkenaan tapak baharu sudah dikenal pasti di Kuching untuk pusat penyelidikan.

Beliau turut menekankan betapa pentingnya pelajar menguasai sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) demi menguasai teknologi masa depan.

“Kampus Swinburne di Kuching akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Swinburne di Australia untuk mendapatkan tenaga pengajar bagi pusat penyelidikan tenaga dan teknologi turbin di Kuching,” kata beliau lagi.

Selain itu, Universiti Teknologi Swinburne, Kampus Sarawak dengan kampus induknya di Australia, akan mengadakan program pertukaran pelajar di peringkat PhD selama 18 bulan.

Program ini akan membolehkan pelajar PhD belajar selama setahun setengah di Kuching dan setahun setengah di Australia, yang dijangka akan menambah nilai kepada pembelajaran mereka.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula