MAHA 2024 janji kelainan

KUALA LUMPUR – Menjelang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang bakal berlangsung bulan depan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang giat menjalankan siri jelajah bagi merealisasikan sasaran jumlah pengunjung dan hasil jualan ditetapkan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya optimis jelajah ‘Road to MAHA 2024’ mampu menarik minat orang ramai menyertai acara dwi tahunan itu yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Menurut beliau, misi dan objektif siri jelajah berkenaan untuk mempromosikan acara tersebut sebagai satu ekspo pertanian terbesar.

“Tahun ini penyertaan peringkat antarabangsa meningkat kerana bukan hanya sekadar terlibat dalam mempamerkan peralatan pertanian, malah melibatkan teknologi moden yang akan diperkenalkan,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Mesra Rakyat @ Parlimen Kota Raja 2024.

Road to MAHA 2024 Kota Raja, Klang berlangsung selama tiga hari, bermula Jumaat lalu diadakan di Pejabat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Klang, Selangor.

Program bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung antaranya jualan Agro Madani, ceramah perdana dan Majlis Kenduri Rakyat Kota Raja.

Dalam pada itu, Mohamad memaklumkan, pihaknya menyasarkan kehadiran tiga juta pengunjung dengan penyertaan 150 pempamer antarabangsa.

Bertemakan ‘Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom’ atau Menuai Harapan Membina Masa Hadapan, ia mencerminkan aspirasi KPKM untuk menuai kejayaan di masa hadapan dengan usaha dan inovasi yang diterokai ketika ini.

Related Posts

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

LIPIS – Penubuhan Kolej Komuniti Jelai dekat Tanjung Gahai, di sini, bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan modal insan dan ekonomi luar bandar. Kolej itu bakal menawarkan program berteraskan agroteknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

KUALA LUMPUR – Polis menahan 12 pegawai polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta. Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (RM560,000).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu