Hadi ‘meroyan’ sebab tak dapat jadi kerajaan

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO menyifatkan kekalahan memalukan pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri mendorong Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menuduh UMNO sebagai parti ‘Dajjal’.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakob berkata, tuduhan Abdul Hadi itu tidak menghairankan kerana Presiden Pas itu pernah menggelarkan UMNO dengan berbagai gelaran.

“Hadi kecewa bila calon pinjaman Pas yang ‘dipinjamkan’ kepada Bersatu, kalah dalam PRK Nenggiri.

“Sebenarnya dialah ‘Dajjal’ munafik yang menjadikan agama Islam sebagai ‘kuda tunggangan’ dengan menjual syurga dan neraka.

“Itulah sifat sebenarnya ‘Dajjal’,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mustapha mendakwa, akibat gagal menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bersama Bersatu, Abdul Hadi bertambah ‘meroyan’.

Katanya, hasrat Abdul Hadi untuk menjadi timbalan perdana menteri hancur selepas Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bergabung menubuh Kerajaan Perpaduan.

“Sakit hatinya kepada UMNO bertambah parah apabila (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) dilantik Anwar sebagai timbalan perdana menteri bersama tujuh menteri dan tujuh timbalan.

“Marahnya kepada UMNO membara… kerana parti yang hanya menang 30 kerusi tiba-tiba jadi kerajaan,” katanya.

Mustapha berkata, Abdul Hadi sebenarnya malu apabila beliau dengan angkuh memberitahu kepada media bahawa Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan selepas keputusan PRU15.

“Tapi ternyata PN tidak cukup bilangan. Dia juga terkilan kerana bersama (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) menolak cadangan Agong supaya menubuh kerajaan campuran bersama PH.

“Bagi Hadi, UMNO hanya baik seketika semasa bersama dalam MN (Muafakat Nasional).

“Hadi telah mengkafirkan UMNO… Hadi telah mentaghutkan UMNO.

“Segala yang buruk dan tidak elok bagi Hadi adalah UMNO,” katanya.

Semalam, Abdul Hadi mendakwa UMNO yang rosak bersama PH meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda utama bagi mempertahankan kerajaannya.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa ia digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada ‘Dajjal’.

Related Posts

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

PEMIMPIN DAP mencabar MCA keluar daripada gabungan BN atau mengusahakan pembubaran gabungan itu, bukannya sekadar bertindak keluar dewan sebagai tanda protes terhadap cara parti itu dilayan dalam isu pembahagian kerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCA tidak iktiraf calon diumum BN tanpa restu pimpinan

MELAKA – MCA menegaskan tidak akan mengiktiraf mana-mana calon parti itu yang diumumkan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi parti. Presidennya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak