Tak laku tuduhan kafir, Pas hukum UMNO guna ‘politik Dajjal’ takutkan rakyat

PUTRAJAYA – Tuduhan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menggelar pihak politik berbeza sebagai ‘lebih dajjal daripada dajjal’ adalah melampau dan tidak berasas, selain tidak mencerminkan ajaran Islam sebenar.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pulai, Ahmad Al-Mubarak Mohamed Kunyi berkata, keceloparan Pas membuktikan parti itu hanyalah wayang dalam mempertahankan syiar Islam dan kebajikan kaum Melayu.

Menurut beliau, persepsi pembangkang itu dilihat dicipta lebih kepada usaha untuk menghasut dan memecahbelahkan ummah, bukannya soal mencari kebenaran dan perpaduan.

“Tuduhan yang dilemparkan itu bukan sahaja tak berasas, malah langsung tak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar, yang mengutamakan akhlak mulia dan kejujuran dalam tutur kata.

“Sebagai pemimpin kononnya memperjuangkan Islam, sepatutnya beliau menjadi contoh baik dengan menyebarkan kebenaran, bukan sibuk menabur fitnah. Tapi sayangnya, kita lihat berlaku sebaliknya,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Abdul Hadi melalui tulisannya dalam Minda Presiden Pas bertajuk ‘Politik Bohong dan Kebendaan Tetap Menjadi Pilihan UMNO-PH’ di Facebook beliau,

Terdahulu, Abdul Hadi mendakwa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan baru-baru ini, menyaksikan betapa politik Dajjal menjadi senjata lama yang merosakkan UMNO terus digunakan lagi dengan tenaga perasuah dan penerima rasuah.

Mengulas lanjut, Ahmad Al-Mubarak berkata, politik seharusnya diamalkan dengan sederhana dan berkisar mengenai perdebatan idea atau kritikan dasar, bukannya menyerang peribadi.

“Nampaknya, kita makin lama makin tak faham dengan Pas ini. Dulu, dia sibuk mengkafirkan kita. Bila orang dah tak percaya dengan cerita ‘kafir’ tu, dia mula mengeluarkan tuduhan yang makin tak masuk akal.

“Sekarang, Dajjal pula yang dijadikan modal. Lepas ni, entah apa lagi yang akan dilabelnya kita. Memang tak terfikir dek akal. Melihat keadaan ni, makin hari, makin parah, dan makin banyak pula fitnah dilemparkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Al-Mubarak memaklumkan stigma bahawa apa saja yang dilakukan Pas itu bersifat Islami dan UMNO pula sebaliknya perlu dihentikan.

Menurutnya, seharusnya Pas dan Perikatan Nasional (PN) memfokuskan usaha bagi mendapatkan semula sokongan rakyat dengan dasar dan agenda yang membina, selain menegur kerajaan agar kelemahan itu boleh diperkasa dalam membangunkan negara.

“Tapi apa yang kita nampak, Pas ni lebih sibuk menyalahkan UMNO dan pasukan kepimpinan. Sudah-sudahlah dengan politik fitnah dan pecah belah ni. Agama tak sepatutnya dijadikan alat politik yang murah.

“Kalau betul nak perjuangkan Islam, tunjukkanlah akhlak dan kepimpinan yang baik, bukan dengan menabur fitnah dan menakut-nakutkan orang. Lebih baik tumpu pada usaha memajukan negara dan membantu rakyat daripada terus main isu politik sempit tidak berkesudahan,” katanya.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor