Pelabuhan Klang antara 11 pelabuhan paling sibuk di dunia

KUALA LUMPUR – Pelabuhan Klang disenaraikan sebagai pelabuhan ke-11 paling sibuk global pada 2023, demikian menurut laporan oleh Lloyd’s List.

Kedudukan pelabuhan terbesar di Asia Tenggara – merangkumi Northport dan Westports – itu juga meningkat dua anak tangga berbanding sebelum ini dalam kalangan 100 pelabuhan dunia yang lain.

Ia juga adalah satu daripada tujuh pelabuhan dalam 20 teratas dunia mencatat peningkatan kedudukan berbanding tahun sebelumnya.

Pelabuhan lain yang turut mencatatkan peningkatan termasuk Dubai, Xiamen, Laem Chabang, Kaohsiung, Tangier Med dan Taicang.

Seorang pemerhati pasaran meramalkan Pelabuhan Klang berpotensi menembusi kedudukan 10 teratas dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.

“Prestasi Pelabuhan Klang telah bertambah baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan lokasinya yang strategik di persimpangan laluan perkapalan utama yang menghubungkan Asia, Eropah dan Asia Barat.

“Ini menjadikannya hab pemindahan penting di rantau ini. Kami menjangkakan kayu, kenderaan, pukal cecair seperti lateks, minyak sawit dan kelapa, serta produk petroleum akan kekal sebagai eksport utama pelabuhan ini,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Pada 2023, Pelabuhan Klang mengendalikan 14.06 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU), naik sebanyak 6.3 peratus berbanding 13.22 juta TEU yang direkodkan pada 2022.

Kontena import dan eksport tempatan meningkat sebanyak 8.4 peratus kepada 6.16 juta TEU, berbanding 5.68 juta TEU pada tahun sebelumnya.

Dalam separuh pertama tahun ini, Pelabuhan Klang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus tahun ke tahun dalam jumlah kontena, mencapai 8.4 juta TEU dan meramalkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus untuk keseluruhan tahun ini dengan unjuran 14.83 juta TEU.

Related Posts

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

KALABAKAN – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka membolehkan Sabah menerima 40 peratus bahagian menerusi pelaksanaan projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di negeri ini. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini, disokong pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan