Kutipan cukai lebih RM260 bilion melalui e-Invois

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan e-Invois boleh membawa kepada peningkatan hasil cukai dengan kutipan dijangka mencecah RM260 bilion atau lebih, menjelang 2025 berdasarkan andaian pertumbuhan lapan peratus, demikian menurut TA Securities.

Firma penyelidikan pasaran itu berkata, e-Invois akan mempercepatkan proses perakaunan cukai, justeru, pihaknya memuji sistem itu memandangkan ia dijangka dapat mengurangkan penipuan tuntutan dan meningkatkan pematuhan dalam kalangan pembayar cukai.

Ia berkata, setelah rangka kerja dan dasar untuk operasi syarikat disediakan, e-Invois boleh mengurangkan kelewatan, isu kebolehkesanan dan ralat yang berkaitan dengan dokumentasi manual, sekali gus mengurangkan halangan birokrasi.

Katanya, meskipun sukar untuk mengira secara langsung impaknya, tetapi ia percaya e-Invois akan membantu kerajaan mencapai sasaran kutipan cukai 2024 sebanyak RM243.6 bilion.

“Pada suku pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan jumlah hasil sebanyak hampir RM70 bilion yang mana RM36.9 bilion daripada cukai langsung, RM15.7 bilion daripada cukai tidak langsung dan baki terdiri daripada hasil bukan cukai.

“Dengan mengandaikan pertumbuhan lapan peratus, kutipan cukai boleh mencecah RM260 bilion atau lebih pada 2025.

“Ini akan disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan langkah yang diambil untuk terus meningkat mobilisasi hasil dengan meluaskan asas cukai dan menambah baik pematuhan cukai dan ketelusan.

“Butiran lanjut mengenai unjuran akan digariskan dalam laporan Pratonton Belanjawan 2025 kelak,” katanya dalam satu nota penyelidikan, semalam.

Pada 2023, kutipan cukai yang disemak adalah RM229.2 bilion.

Kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-Invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.

Related Posts

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

KALABAKAN – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka membolehkan Sabah menerima 40 peratus bahagian menerusi pelaksanaan projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di negeri ini. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini, disokong pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan