Kami bukan ejen PN, kami suara akar umbi UMNO – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menafikan dakwaan bahawa sayap parti itu merupakan ejen Perikatan Nasional (PN) dalam menegur salah laku Kerajaan.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, itu hanyalah tuduhan fitnah bagi mencipta pergaduhan dalam kalangan pemimpin UMNO, selain mewujudkan persepsi negatif terhadap parti.

“Ada kata saya (Pemuda UMNO) ejen PN, ada kata suara saya ini dari PN. Ehh! Kami ini ahli parti. Saya nak tegaskan Pemuda UMNO bukan ejen Perikatan Nasional (PN) tapi Pemuda adalah anggota parti UMNO.

“Kita boleh berbeza pendapat namun itu tidak menyingkirkan kesetian sepenuhnya kepada UMNO,” ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal menegaskan teguran yang diberikan terhadap kerajaan bukanlah berniat untuk menghentam, namun sebagai kaedah penyelesaian agar perkara itu tidak lagi menjadi isu yang boleh memecahbelahkan rakyat.

Jelasnya, Pemuda UMNO akan bangkit sekiranya timbul persoalan dalam kalangan masyarakat, khususnya jika melibatkan isu berkaitan kaum Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

“Ada kata Akmal ini tidak ada semangat berpasukan. Nak ada macam mana kalau kamu dah cabar pendirian kita.

“Kami Pemuda UMNO boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi jika kamu sentuh agama kami, bangsa kami, kamu sentuh Raja-raja, kami akan bangkit melawan,” katanya.

Mengulas perkara berbeza, Akmal berkata, Pemuda UMNO menaruh harapan parti memberi peluang kepada calon anak muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, bulan depan.

Jelasnya, sayap parti UMNO itu akan sangat berbesar hati jika calon dalam kalangan pergerakan itu dipilih bertanding di PRK Mahkota, seperti mana kepimpinan tertinggi memilih calon di kalangan anak muda di PRK Nenggiri sehingga parti berjaya merampas kerusi itu daripada Pas.

“Atas kejayaan di (PRK DUN) Nenggiri Datuk Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) Pemuda bersedia sekiranya diberikan kepercayaan sekali lagi untuk mengemudi PRK DUN Mahkota.

“Nenggiri Alhamdulillah kita dah berjaya Datuk Presiden. Kejayaan Nenggiri mesti dijjadikan pedoman buat semua untuk menang (di PRK DUN Mahkota),” katanya.

Related Posts

UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Presiden parti itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sekali lagi mengkritik Pas secara terbuka susulan kemelut hubungan antara kedua-dua parti yang semakin berpanjangan dalam Perikatan Nasional (PN). Menerusi satu hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM