Pendedahan pengetahuan sains sukan dapat tingkatkan prestasi atlet – Dr Hadafi

KUCHING – Sains sukan merupakan bidang kajian penting berkaitan aktiviti fizikal dan sukan.

Menurut Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Hadafi Fitri Mohd Latip, sains sukan turut melibatkan analisis tubuh manusia.

“Melalui sains sukan, kita dapat memahami tindak balas terhadap latihan dan pertandingan,” ujar Dr Hadafi.

Menurut Dr Hadafi lagi, sains sukan turut meliputi berbagai-bagai disiplin seperti fisiologi sukan, biomekanik, psikologi sukan dan pemakanan sukan.

“Tujuannya adalah meningkatkan prestasi atlet, mencegah kecederaan dan memahami kesan aktiviti fizikal kepada kesihatan atlet,” jelas Dr Hadafi.

Tambah beliau, penerapan sains sukan sangat penting dalam meningkatkan prestasi dan kesejahteraan atlet.

“Dengan pendekatan yang sistematik, kita dapat membantu atlet meningkatkan ilmu pengetahuan serta memahami sistem fizikal mereka melalui fasa rehabilitasi sukan,” jelas beliau lagi.

Kata Dr Hadafi lagi, mereka dapat mengurangkan risiko kecederaan berulang seperti aplikasi urutan sukan, bekam, akupuntur, ‘trigger point’ dan ‘dry needling.

Sementara itu, Dr Hadafi turut menasihatkan agar kontijen sukan perlu cakna berkenaan perkembangan terbaharu sains sukan.

“Ini bagi memastikan pretasi pasukan terus konsisten dan membantu jurulatih membuat keputusan yang berkesan,” ujar beliau.

Tambah Dr Hadafi, kontinjen dapat mengasah bakal atlet dari peringkat awal serta menyediakan program pembangunan mengikut tahap prestasi mereka.

“Kita juga dapat menjaga kesejahteraan mereka serta memastikan mereka dalam keadaan terbaik dari segi fizikal mahupun mental sepanjang masa,” kata Dr Hadafi.

Setakat ini, ujar Dr Hadafi lagi, Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) merupakan antara pusat penyelidikan menyediakan khidmat konsultasi serta perkhidmatan sains sukan.

“Ini termasuk penganalisis prestasi, fisiologi sukan dan psikologi sukan,” jelas beliau lagi.

Tambah Dr Hadafi, aplikasi sukan sudah jelas digunakan semasa Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 di Sarawak.

“Ini merupakan petanda yang baik bahawa pengetahuan dan pemahaman sains sukan mula tersebar luas dalam kalangan atlet di Malaysia,” kata beliau lagi.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017