Ringgit konsisten tunjuk peningkatan

KUALA LUMPUR – Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Rabu, didorong penurunan Indeks Dolar AS (DXY) apabila pelabur menjangkakan kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3755/3840 berbanding dolar AS daripada 4.3780/3850 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks DXY merosot kepada 101.441, paras terendah dalam tempoh tujuh bulan, apabila mata wang utama meningkat berbanding dolar AS.

“Hasil Perbendaharaan AS berjangka dua tahun, yang paling sensitif terhadap kadar dasar bank pusat AS, susut tujuh mata asas kepada 3.99 peratus.

“Selain itu, ringgit diunjurkan disokong dengan baik hari ini kerana prospek pengurangan kadar faedah AS akan mengecilkan perbezaan antara Kadar Dana Fed dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR),” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam juga mengenal pasti RM4.30 sebagai paras sokongan serta-merta bagi ringgit berbanding dolar AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama semasa awal dagangan hari ini.

Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.0103/0164 daripada 2.9917/9967 ketika ditutup pada Selasa, dan susut berbanding euro kepada 4.8686/8781 daripada 4.8491/8568.

Unit domestik juga rendah berbanding pound British kepada 5.7026/7137 daripada 5.6927/7018 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.

Related Posts

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

KALABAKAN – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka membolehkan Sabah menerima 40 peratus bahagian menerusi pelaksanaan projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di negeri ini. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh pada separuh kedua 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus mencatat pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini, disokong pelbagai langkah intervensi yang dilaksanakan serta asas ekonomi negara yang kekal berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang