Proses rakam keterangan Muhyiddin bermula

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muyhiddin Yassin tiba di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi bagi proses rakaman percakapan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, memetik laporan Berita Harian.

Sebelum ini media melaporkan polis akan merakam keterangan Ahli Parlimen Pagoh itu berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakaman percakapan Muhyiddin sepatutnya dibuat semalam, namun ditangguhkan hari ini kerana peguam bekas Perdana Menteri itu masih berada di luar negara.

Related Posts

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

SHAH ALAM – Siri kemalangan maut membabitkan program RXZ Members dari edisi pertama hingga ke penganjuran kelapan baru-baru ini amat merisaukan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Susulan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan Puncak Gloxinia

10 tangki air baharu bakal kurangkan gangguan bekalan  Puncak Gloxinia

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Kerjasama BN-PN: Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas – Mahfuz

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Jamawi galak rakyat kibarkan Jalur Gemilang, perluas kempen 1R1JG ke kampung

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

Warisan nafi dakwaan keluar Kerajaan Perpaduan

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak