Lelaki warga emas hilang ditemukan selamat di kebun halia

TUARAN – Lelaki warga emas berusia 80 tahun dari Kampung Sinulihan dilaporkan hilang di hutan, pada Selasa ditemukan selamat di kawasan kebun halia.

Mangsa, Akun Kalawot dikatakan dalam keadaan kurang sihat dan mempunyai masalah ingatan itu, kelihatan lemah ketika ditemui pihak polis pada petang Rabu.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit sebaik menerima maklumat pada pukul 3.10 petang, pihaknya ke lokasi dan mangsa diberi rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Kemudian, mangsa diserahkan kepada ahli keluarga untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi SAR ditamatkan pada pukul 3:20 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, pada Selasa pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.12 pagi seterusnya mengerahkan enam anggotanya untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke lokasi.

Jirannya memberitahu bahawa mangsa dilihat kali terakhir menuju ke kawasan hutan berdekatan dengan rumah mangsa.

“Keluarga mangsa dengan orang kampung telah bersama-sama membuat pencarian sejak petang Selasa namun tidak menemui sebarang petunjuk.

“Seterusnya mereka membuat laporan polis pada pukul 12.53 tengah malam untuk memohon bantuan dari agensi penyelamat yang lain,” katanya.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

SEMPORNA – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Mentelitip Pegagau, Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Khamis. Ketua Balai Bomba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini