Cruise mewah berlabuh di Melaka November ini

AYER KEROH – Melaka dijangka menerima lebih 200,000 pelancong menerusi persinggahan kapal persiaran mewah Genting Dreams Cruise yang masih dari Singapura, bermula 10 November depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata jumlah pelancong itu akan dibawa masuk oleh pengendali kapal persiaran mewah terbabit, Resort World Cruises menerusi pakej baharu `2 Night Cruises’ yang belayar dari Singapura merentasi Selat Melaka sebelum singgah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) selama 12 jam sebelum meneruskan semula pelayaran ke republik berkenaan.

Beliau berkata, kapal persiaran mewah terbabit akan singgah di Melaka setiap Isnin selama 52 minggu.

“Kehadiran Genting Dreams Cruise ke Melaka merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menerusi pakej menarik yang diperkenalkan itu, sekali gus membuka peluang baik untuk mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

“Selama 12 jam tempoh berlabuh di Melaka, saya percaya penumpang kapal mewah itu mempunyai banyak masa menikmati keindahan warisan, budaya, makanan dan pengalaman beli-belah yang terdapat di Melaka,” katanya pada sidang media berkaitan kapal persiaran yang menjadi produk pelancongan baharu Melaka, di Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abd Razak Abd Rahman dan Presiden Resorts World Cruises, Michael Goh.

Ab Rauf berkata, menerusi tarikan terbaharu itu, secara tidak langsung akan mengubah nisbah pelancong yang datang ke Melaka pada tahun ini.

“Perkara ini sekali gus melonjakkan ekonomi setempat yang mana penumpang Genting Dreams Cruise berpeluang melawat pelbagai destinasi ikonik di Melaka seperti Bangunan Stadthuys, Kota A’Famosa, Jonker Street serta Menara Taming Sari selain berpeluang menaiki beca serta Melaka River Cruise dengan menyelusuri Sungai Melaka.

“Pelancong akan disambut dengan kehangatan hospitaliti Melaka sambil meneroka pelbagai mercu tanda bersejarah dan menikmati makanan tempatan yang lazat dan berkualiti,” katanya.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

SEMPORNA – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Mentelitip Pegagau, Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Khamis. Ketua Balai Bomba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini