Menang di Nenggiri, Kerajaan Perpaduan lalui minggu paling berjaya – KJ

KEMENANGAN UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Nenggiri adalah kemenangan paling cemerlang buat Kerajaan Perpaduan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kejayaan kerajaan ini wajar dipuji dan pujian itu bukan bersifat sarkastik kerana ia adalah situasi yang jarang berlaku sepanjang penubuhan Kerajaan Perpaduan sejak akhir 2022 lalu.

Khairy berkata, minggu lalu adalah minggu terbaik bagi kerajaan dan beliau sudah menjangkan kemenangan di Nenggiri akan berpihak kepada kerajaan berbanding pihak pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN).

“Dan saya masih ingat lagi ada pemimpin PN antaranya Tan Sri Annuar Musa, Kamaruddin Md Nor yang menyangkal pandangan kami mengatakan kami ini tidak ada di lapangan, tidak tahu keadaan sebenar di Nenggiri.

“Tapi saya fikir sebagai bekas orang politik, kami ada ‘six senth’ juga tentang perkara ini

“Kita ada kawan-kawan di lapangan yang memberi laporan kepada kita,” katanya dalam sedutan TikTok podcast Keluar Sekejap (KS) episod ke-119.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan antara faktor yang membawa kepada kemenangan adalah keyakinan masyarakat Orang Asli di kawasan itu serta pengaruh veteran UMNO yang juga merupakan Pengarah PRK DUN, Tengku Razaleigh Hamzah masih lagi ‘berbisa’.

“Kejayaan pada minggu lepas adalah pada hari Jumaat. Kalau tak silap saya Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Rasheed Ghaffour, telah mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku tahun terakhir sangat bagus dan mungkin tidak menghampiri ‘forecast’ yang tertinggi tetapi tetap bagus.

“Ketiga pada hari yang sama juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji untuk perkhidmatan awam,” katanya.

Ujarnya, ketiga-tiga faktor ini dilihat sebagai satu siri kejayaan besar untuk kerajaan ketika ini.

Majoriti besar dimenangi BN mewakili Kerajaan Perpaduan iaitu 3,372 undi sekali gus membolehkan parti itu merampas kembali DUN Nenggiri yang sebelum ini di bawah Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan calon Perikatan Nasional (PN).

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills