Pahang sedia jadi kuasa dagangan maritim negara

KUANTAN – Projek Kuantan Maritime Hub (KMH) bernilai RM2.1 bilion bukan sekadar projek pembangunan tetapi simbol kemajuan dan harapan masa hadapan, terutama dalam memperkasakan industri maritim negara di Pahang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata projek itu akan menjadi pusat utama dalam bidang maritim, menyokong pelbagai aktiviti perdagangan dan industri yang bakal memberi impak besar kepada ekonomi tempatan dan negara.

Katanya, dengan wujudnya KMH, peluang perkembangan untuk pemain industri yang terbabit dalam industri itu akan meningkat secara signifikan.

“Oleh itu akan wujud satu ekosistem yang mantap dan kukuh yang boleh menjadikan Pahang sebagai satu kuasa baharu dalam industri maritim negara.

“Ia juga dapat memperkukuhkan kedudukan negeri Pahang sebagai sebuah negeri yang mempunyai industri berimpak tinggi dalam jangka masa panjang,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Kuantan Maritime Hub di Mukim Sungai Karang, dekat Gebeng, hari ini .

Sementara itu, Pengarah Urusan Muhibbah Engineering (M) Bhd, Mac Ngan Boon berkata, hub maritim itu akan dibina di atas tapak seluas 202 hektar membabitkan tanah tebus guna.

Katanya, kerja pembinaan akan bermula tahun ini dan dijangka siap secara berperingkat sehingga 2034.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar