MB Johor dilantik pengarah PRK DUN Mahkota

BATU PAHAT – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk Barisan Nasional (BN).

Memetik laporan Bernama, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatan timbalan pengarah PRK DUN Mahkota untuk BN pula akan digalas oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Manakala Ketua Bahagian UMNO Kluang, Datuk Md Jais Sarday dilantik sabagai pengarah operasi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai koordinator untuk PRK berkenaan.

“PRK DUN Mahkota tidak akan mengikut acuan yang sama (seperti DUN Nenggiri) kerana landskap (politik) dan demografi yang berbeza,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pentauliahan kepada Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat, Johor semalam.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 28 September sebagai tarikh mengundi bagi PRK DUN Mahkota, sementara tarikh penamaan calon serta hari mengundi awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.

Terdahulu, PRK DUN Mahkota diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBJK) Kluang pada 2 Ogos.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti