SUKMA 2024 bukti Sarawak mampu kendali sukan bertaraf antarabangsa – Hannah Yeoh

KUCHING – Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin Sarawak mampu menganjur suka bertaraf antarabangsa seperti Sukan SEA.

“Kejayaan upacara pembukaan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Stadium Sarawak membuktikan Sarawak mampu menjadi tuan rumah acara sukan bertaraf antarabangsa,” ujarnya.

Tambah Hannah, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas daripada kementerian lain berkenaan hasrat Sarawak mahu menjadi penganjur bersama Sukan Sea 2027.

Hannah menjelaskan lagi keputusan itu perlu menunggu maklum balas Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

“Apabila sudah mendapat maklum balas, kita perlu membentangkan di peringkat kabinet untuk membuat keputusan terakhir,” ujar beliau lagi.

Selain itu, Hannah juga berkata terdapat dua negeri lain selain Sarawak turut memberi tawaran seperti Sabah dan Pulau Pinang.

“Saya turut difahamkan Sarawak turut tawarkan sumbang 50 peratus untuk kos penganjuran,” jelas Hannah.

Sebelum ini, Sarawak pernah menganjurkan SUKMA sebanyak dua kali iaitu 1990 dan 2016 semenjak acara temasya itu diperkenalkan pada 1986.

Related Posts

Permintaan tinggi, Tiket MADANI F1 GP Bahrain di Sepang habis terjual

TIKET MADANI yang berharga serendah RM200 bagi perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2-4 Oktober ini, sudah habis terjual, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

ARSENAL membelasah Manchester City 3-0 pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Principality sebentar tadi, sekali gus memberikan Enzo Maresca, kekalahan pertamanya sebagai pengurus The Citizens. Arsenal membuka tirai jaringan selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar