Lelaki maut, Perodua Myvi terbabas di kebun pisang

KOTA MARUDU – Seorang lelaki maut di lokasi kemalangan apabila kenderaan Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di sebuah kebun pisang, di Kampung Langkon di sini, pada Isnin.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.02 pagi.

“Selepas menerima panggilan kecemasan, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamatkan mangsa.

“Mangsa didapati tersepit dalam
kenderaannya dan berjaya dikeluarkan oleh anggota penyalamat, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Granson Poyo, 36, kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat selesai dan ditamatkan pada pukul 1.42 pagi.

Related Posts

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mensasarkan semua Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di negeri ini menerima penarafan Zon Halal tidak lama lagi. Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas