APMM tahan bot bawa lebih penumpang

KOTA KINABALU – Sebuah bot membawa lebih muatan penumpang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan, di sini pada baru-baru ini.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot penumpang itu ditahan oleh Bot Peronda Maritim Malaysia KILAT 39 ketika melaksanakan rondaan Op ‘Preventive SAR’ di kedudukan 0.56 batu Nautika Selatan, Pulau Mamutik.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut, mendapati nombor badan tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan juga nombor siri enjin tidak sama tercatat dalam lesen.

“Bot dan juragan diiringi masuk ke jeti Maritim Sepanggar untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM80,000.

Beliau berkata, APMM akan terus memperkasa penguatkuasaan dan mengoptimumkan operasi bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Che Engku Suhaimi meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat salah laku di laut ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan menerusi talian 088-387774 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi 24 jam.

Related Posts

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

KABONG – Baru seminggu dipercayai menjalankan kegiatan sebagai ejen tambah nilai judi dalam talian, seorang wanita tempatan berusia 32 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kedai runcit di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan