Johor umum 25 Ogos cuti peristiwa

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan cuti peristiwa pada 25 Ogos ini sempena perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.

Beliau berkata, cuti itu mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Dengan perkenan Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 25 Ogos 2024, sebagai hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sebagai tanda penghargaan buat ‘pemain ke-12’ pasukan JDT dalam Piala FA 2024,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyeru seluruh Bangsa Johor untuk beramai-ramai hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi memberi sorakan dan semangat kepada JDT.

“Kita penuhkan lautan Merah Biru di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya lagi.

Onn Hafiz berkata, JDT telah memenangi Piala FA sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2016 dan dua kali berturut-turut pada tahun 2022 dan 2023.

“Insya-Allah… kita pastikan tahun ini JDT mempertahankan kejuaraan untuk mencipta rekod hatrik kemenangan Piala FA,” katanya.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18