Teroka bidang teknologi, teknikal untuk pekerjaan masa hadapan – Roland Sagah

SIBURAN – Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dilancarkan oleh kerajaan Sarawak merupakan rancangan kerajaan negeri ini dalam meneroka sumber tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar.

Justeru itu, semakin banyak peluang pekerjaan pada masa depan yang menjurus kepada bidang tersebut.

Menteri Pembangunan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn mahu golongan belia Sarawak menyahut cabaran mendalami dan menceburi teknologi dan teknikal yang ditawarkan oleh STEM.

“Pastikan anda masuk bidang berkenaan, beritahu kepada saudara mara, anak-anak serta penduduk kampung mengenai apa yang akan berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan lepasan sekolah agar berhati-hati ketika memilih program yang ditawarkan terutama di kolej swasta.

“Dunia pekerjaan hari ini begitu mencabar. Sebagai contoh, lebih 15,000 rakyat Sarawak memohon menjadi guru di beberapa kawasan di sini namun tidak semuanya akan dipilih.

“Oleh itu, saya bercadangkan supaya pelajar di Sarawak memilih bidang baharu yang juga diperlukan oleh kerajaan Sarawak seperti kejuruteraan avionik, aeroangkasa dan biologi marin.

“Kursus ini ditawarkan di Kolej Universiti i-CATS,” katanya mengakhiri ucapan ketika berucap pada Program Advokasi, Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abdul Razak di sini pada Isnin.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit