MB Perlis ‘diarah’ letak jawatan?

PUTRAJAYA – Wujud spekulasi mendakwa Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli diarahkan untuk meletakkan jawatan susulan terlibat dengan pelbagai kontroversi yang memberi persepsi negatif kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pas.

Berdasarkan hantaran seorang individu di laman X mendedahkan tarikh untuk Pengerusi PN Perlis itu berundur dari jawatan yang disandang sejak November 2022 itu telah pun ditetapkan.

“Tarikh (Mohd Shukri berundur) sudah pun ditetapkan, untuk menteri besar ‘diarahkan’ letak jawatan.

“Bermulalah, satu lagi episod menarik bagi politik di Perlis,” dakwa pengguna terbabit.

Dalam perkongsian sama, individu terbabit berkata, beliau mendapatkan maklumat sulit itu daripada sumber ‘orang politik kuat’ di Perlis, tanpa mendedahkan pemimpin yang terlibat.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan zalim pimpinan tertinggi PN agar Mohd Shukri berundur dari memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perlis.

“Dasyat permainan PN sekarang ni. Sanggup tikam belakang demi menyusun politik mereka. Kalau benar, memang sah Pas ni Islam atas dasar nama sahaja,” luah cocomel56.

“MB (Menteri Besar) Perlis ini belum terbukti pun salah, hanya kontroversi tapi korang Pas tendang dia macam itu sahaja tanpa melihat kebaikan yang telah beliau laksanakan ketika menjadi MB,” kata Samadin33 di aplikasi X.

Bagaimanapun, Mohd Shukri enggan memberi sebarang komen berkaitan kontroversi tersebut dan memaklumkan tidak mengetahui desas-desus itu yang dihebahkan menerusi media sosial.

Memetik laporan FMT, pemimpin Pas itu enggan melayan ‘gosip politik nakal’ yang sebelum ini juga pernah dibangkitkan Bersatu, sekutunya dalam PN.

Mohd Shukri dilantik sebagai Menteri Besar selepas PN menang 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis pada PRU15, sekali gus menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 65 tahun.

Pada November tahun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dari Bersatu mendesak Shukri meletak jawatan kerana didakwa membelakangkan keputusan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencalonkannya sebagai Exco kerajaan negeri untuk tahun kedua pentadbiran PN.

April lepas, Shukri disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai berkait tuduhan salah guna kuasa dalam projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.

Sementara itu, anaknya, Mohd Syafeeq didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar pada 23 Mei atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505 pada Februari lalu. Beliau mengaku tidak bersalah.

Related Posts

‘Penyatuan ummah’ cuma perangkap kuasa, Bersatu mangsa terbaharu politik tikam belakang

SLOGAN penyatuan ummah yang sering dilaungkan dalam politik Melayu bukan benar-benar untuk membela rakyat Melayu biasa, sebaliknya lebih berkisar kepada percaturan elit politik bagi merebut kuasa. Bekas Peguam Kanan Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

Kaji semula kuota diesel BUDI MADANI berdasarkan geografi Sarawak

Kaji semula kuota diesel BUDI MADANI berdasarkan geografi Sarawak

Lima warden Penjara Taiping mengaku tidak bersalah cederakan banduan

Lima warden Penjara Taiping mengaku tidak bersalah cederakan banduan

RM150,000 naik taraf jeti nelayan Kurung Tengar

RM150,000 naik taraf jeti nelayan Kurung Tengar

MPKL serah enam gerai pusat penyembelihan ayam baharu di Pasar Awam Banting

MPKL serah enam gerai pusat penyembelihan ayam baharu di Pasar Awam Banting