Dalam setahun, berapa hari Radzi Jidin balik Kelantan?

GUA MUSANG – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub menasihatkan Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Radzi Jidin supaya menjaga dan memberi tumpuan kawasan parlimennya, Putrajaya.

Ini kerana Radzi tidak faham dan tidak tahu masalah yang berlaku di Kelantan.

“Orang ini berapa kali setahun saja balik kampung… dalam 365 hari dalam setahun, berapa hari dia ada di Kelantan.

“Dulu belajar luar negara, bekerja di luar negara, kemudian balik dan cakap nak selamatkan negara, negeri Kelantan.

“Saya fikir Radzi Jidin ini jaga Putrajaya saja lagi bagus… dia tak tahu masyarakat Kelantan,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan mempersoalkan pemilihan calon dibuat Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri.

Katanya, kerusi itu sepatutnya ditandingi calon daripada Bersatu, namun sebaliknya ia diberikan kepada Pas.

“Memanglah calon dia (PN) orang Bersatu… tapi semua orang tahu, Mohd Rizwadi Ismail itu asalnya Pas… beberapa hari sebelum penamaan calon, dia masuk Bersatu.

“Bila umum calon, mereka cakap Mohd Rizwadi adalah Bersatu. Maknanya, Bersatu di Gua Musang ini tidak ada yang layak jadi calon sampai kena ambil daripada Pas.

“Kalau begini caranya, nampak macam Bersatu kena tunggang oleh Pas… seolah-olah semua Pas tentukan, calon pun Pas tentukan,” jelasnya.

Ahmad Jazlan juga menegaskan calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani adalah tawaran terbaik untuk pengundi.

“Azmawi dah lama bekerja di sini, untuk penduduk di sekitar kawasan Nenggiri dan saya percaya dengan kemampuan anak muda ini.

“Kekuatan yang ada pada Azmawi adalah dia dikenali penduduk setempat dan disenangi komuniti Orang Asli.

“Jadi, saya harap pengundi di Nenggiri akan menerima tawaran BN dan memilih Azmawi pada Sabtu ini,” katanya.

Related Posts

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Petaling Jaya kini secara rasmi kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa Jumaat lalu. Timbalan Yang di-Pertua Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Bagaimanapun, Presiden parti itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan