UMNO ulangi kesilapan lalu, Zahid mungkin tanggung padah

UMNO didakwa mengulangi kesilapan strategi politik lalu apabila terlalu awal menggunakan kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai momentum untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Bagaimanapun, Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa menentukan pembubaran Parlimen.

Pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, pengalaman PRN Johor 2022 sepatutnya menjadi pengajaran apabila kemenangan besar Barisan Nasional (BN) ketika itu tidak berjaya diterjemahkan kepada kejayaan pada PRU15.

Menurutnya, ketika itu UMNO berharap kemenangan di Johor dapat mencetuskan gelombang sokongan untuk dibawa ke PRU15, namun pembubaran Parlimen yang tidak berlaku dalam tempoh dijangkakan menyebabkan momentum berkenaan semakin surut.

“Kesilapan yang berlaku yang sama diulangi. Zahid patut sedar dia bukan Perdana Menteri. ‘He is not in control of the government walaupun’ dia TPM tapi dia bukan PM,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Raggie berkata, situasi sama berpotensi berlaku sekiranya UMNO terlalu awal mendesak PRU16 selepas memperoleh kemenangan besar pada PRN Johor.

Katanya, terdapat tempoh yang panjang sebelum Parlimen wajib dibubarkan, menyebabkan momentum kemenangan yang diraih UMNO boleh berubah sekiranya berlaku perkembangan politik yang tidak dijangka.

“Selagi awak bukan Perdana Menteri, kalau nak buat langkah-langkah ni pun kena buat dekat-dekat masa di mana awak pasti Parlimen nak bubar,” katanya.

Beliau berkata, perkara sama berlaku selepas PRN Johor 2022 apabila UMNO menjangkakan Parlimen akan dibubarkan tidak lama selepas kemenangan BN, namun Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak berbuat demikian dengan segera.

“Patut buat awal, lepas PRN Johor. Jadi tak timbul lah isu ini, tapi dia dilengahkan. Dan dalam tempoh beberapa bulan itu, sebenarnya gelombang yang dicetus di Johor ni surut,” katanya.

Menurut Raggie, perkembangan selepas itu termasuk pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut memberi kesan terhadap sentimen sebahagian penyokong UMNO, walaupun keputusan mahkamah berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri.

Beliau berkata, keadaan itu pada masa sama memberi ruang kepada Perikatan Nasional (PN) untuk memperkukuh naratif penyatuan Melayu menjelang PRU15.

“PN telah menjaja penyatuan Melayu. Gambaran diberikan PN ini ada potensi nak menang,” katanya.

Raggie berkata, sebahagian pengundi Melayu, termasuk penyokong UMNO, akhirnya beralih kepada PN berdasarkan keyakinan bahawa gabungan itu mampu membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berpandangan perkembangan politik selepas PRU15 menyebabkan sebahagian sokongan Melayu kembali kepada UMNO, termasuk menerusi kemenangan besar BN pada PRN Johor terbaru.

Katanya, kemenangan itu menunjukkan kemungkinan berlaku peningkatan sokongan terhadap UMNO, namun parti berkenaan perlu menguji sama ada momentum itu benar-benar wujud di seluruh negara.

“Sekarang Zahid nak ulangi formula lama, dia nak PRN Johor diawalkan… So, di Johor, sekali lagi lah. Sejarah berulang lah,” katanya.

Dalam pada itu, Raggie berkata, perkembangan di Negeri Sembilan boleh menjadi faktor yang menguji kekuatan UMNO menjelang PRN Melaka dan seterusnya PRU16.

Menurutnya, krisis politik yang berlaku di Negeri Sembilan selepas UMNO mengambil alih pentadbiran negeri boleh memberi kesan terhadap persepsi pengundi terhadap parti itu.

“Malangnya, UMNO sendiri telah melakukan banyak kesilapan di Negeri Sembilan. Krisis yang dia kata dia boleh selesaikan jadi makin rumit, makin memuncak,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu penting untuk diperhatikan kerana UMNO sebelum ini menggunakan kemenangan di Johor sebagai petunjuk bahawa gelombang sokongan terhadap BN sedang meningkat.

“Jadi ini akan jadi ujian besar buat UMNO,” katanya.

Raggie turut melihat hubungan UMNO dan PAS sebagai antara faktor yang boleh mempengaruhi persaingan PRU16, khususnya sekiranya kedua-dua parti mencapai persefahaman longgar di kerusi tertentu.

Bagaimanapun, beliau berpandangan perkembangan PN dan konflik dalaman gabungan itu juga berpotensi mengubah semula landskap politik sebelum PRU16.

Katanya, jika tempoh sebelum PRU16 terlalu panjang, pelbagai perkembangan baharu boleh berlaku dan mengubah sokongan pengundi.

“Kalau PRU lambat, ‘I don’t know’ lah. Saya dah beritahu. PRU sekarang, hujung tahun ini atau awal tahun depan, boleh lah. Tapi kalau PRU bila penggal penuh, saya tak yakin lagi lah,” katanya.

Justeru, Raggie berpandangan UMNO perlu berhati-hati dalam menentukan strategi selepas kemenangan PRN Johor dan tidak menganggap momentum berkenaan akan kekal sehingga PRU16.

Beliau berkata, pengalaman 2022 menunjukkan kemenangan pilihan raya negeri tidak semestinya menjamin kejayaan pada pilihan raya umum sekiranya terdapat jurang masa yang panjang dan berlaku perkembangan politik di luar jangkaan.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun