Sektor borong, runcit meningkat 5.4 peratus

PUTRAJAYA – Perdagangan borong dan runcit di negara ini mencatatkan nilai jualan bulanan RM146 bilion, meningkat 5.4 peratus pada Jun 2024.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan sebanyak 5.4 peratus tahun ke tahun bagi perdagangan borong dan runcit pada Jun 2024 dipacu subsektor perdagangan runcit yang meningkat 7.9 peratus kepada RM64.1 bilion.

Beliau berkata, perdagangan borong juga bertumbuh 4.0 peratus untuk mencatatkan RM64.9 bilion, diikuti oleh kenderaan bermotor dengan peningkatan 2.0 peratus untuk mencapai RM17.0 bilion.

“Bagi perbandingan bulanan, perdagangan borong dan runcit turun 1.3 peratus berbanding bulan sebelumnya, disebabkan oleh kenderaan bermotor yang menurun 9.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beralih kepada prestasi mengikut subsektor, Mohd Uzir memaklumkan, pertumbuhan 7.9 peratus tahun ke tahun bagi perdagangan runcit disumbangkan oleh jualan runcit di kedai pengkhususan yang tumbuh 12.6 peratus untuk mencapai RM13.5 bilion.

Beliau berkata, kumpulan lain dalam subsektor ini yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ini adalah jualan runcit di kedai bukan pengkhususan (8.8 peratus), jualan runcit makanan, minuman dan tembakau (8.7 peratus) dan jualan runcit barangan isi rumah (7.3 peratus).

“Bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan subsektor ini naik 0.2 peratus, disokong oleh jualan runcit di kedai pengkhususan (1.2 peratus), jualan runcit barangan isi rumah (1.4 peratus) dan jualan runcit barangan kesenian dan rekreasi (1.3 peratus),” katanya.

Mengulas mengenai subsektor perdagangan borong pula, Mohd Uzir berkaa kenaikan 4.0 peratus tahun ke tahun pada bulan berkenaan disokong oleh jual borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup yang meningkat 7.9 peratus kepada RM5.9 bilion.

Katanya, Ini diikuti oleh jualan borong makanan, minuman dan tembakau (6.7 peratus), perdagangan borong tanpa pengkhususan (6.2 peratus) dan jualan borong barangan isi rumah (5.6 peratus).

“Walau bagaimanapun, bagi perbandingan bulanan, perdagangan borong jatuh 0.3 peratus, terutamanya disebabkan oleh penurunan dalam jual borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup (-3.0 peratus), jualan borong makanan, minuman dan tembakau (-0.3 peratus) dan jualan borong barangan isi rumah (-0.2 peratus),” jelasnya.

Related Posts

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

PUTRAJAYA – Keperluan peruntukan bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) untuk ditingkatkan dalam memastikan pembiayaan yang mencukupi bagi penyelenggaraan serta kemampanan perkhidmatan itu termasuk keperluan peralatan, sokongan pesawat dan operasi. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

PUTRAJAYA –  Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara menerusi pengukuhan kedudukan fiskal, reformasi hasil yang lebih cekap serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun