PMX dan Kerajaan Perpaduan berjiwa besar

PERTENGAHAN Julai lalu saya pernah menulis satira tentang Perdana Menteri ke-10 (PMX) yang boleh dikiasibaratkan sebagai seorang bapa yang berusaha membimbing anak-anaknya menyayangi harta benda dengan membaiki kerosakan rumah pusaka.

Dalam usahanya itu, seorang ayah berhadapan pelbagai kerenah anak-anaknya yang suka membantah usaha sang ayah, mengacau adik-beradik yang taat, dan menuntut janji sang ayah pada hal sang ayah berdepan kekangan kewangan yang kronik.

Bukan itu sahaja, sebahagian sang anak itu melakukan tindakan tercela iaitu sanggup bekerjasama dengan musuh keluarga yang sebenarnya telah menyebabkan rumah pusaka itu rosak dan sebahagian besar harta keluarga mereka dilarikan pihak musuh.

Sungguhpun demikian, atas sikapnya yang penyayang sebagai ketua keluarga, sang ayah terus melayani semua anaknya dengan baik, pemaaf, dan cuba mermbahagiakan ahli keluarga mengikut kemampuannya.

Semua ahli keluarga dinafkahi dengan sebaik-baiknya mengikut cara yang difikirkann baik dan tidak memudaratkan masa depan dan pada masa yang sama unsur nasihat dilaksanakan secara tertib.

Sedikit pengajaran diselitkan dengan berhemah dalam setiap tindak-tanduk sang ayah ke atas ahli keluarganya, dengan harapan lama-kelamaan mereka, terutama anak-anak yang nakal itu insaf dan kembali ke jalan yang benar.

Hari ini, analogi daripada kisah satira tersebut dapat kita lihat dalam tindakan Kerajaan Perpaduan yang diterajui PMX sebagaimana judul berita yang tersiar dalam beberapa akhbar arus perdana – Kumpulan Pelaksana Naik Gaji 42. 7 Peratus!

Hebat PMX dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan!

Setelah bertungkus-lumus melaksanakan penjimatan, mengekang penyakauan harta negara, memerangi rasuah, memburu pesalah yang selama ini bermaharajalela dalam pelbagai bentuk penipuan, akhirnya sedikit demi sedikit ekonomi negara dipulihkan.

Hasil langkah itu, Malaysia sedikit demi sedikit kembali ke landasan yang betul dalam pelbagai bidang terutamanya bidang ekonomi dengan memperoleh semula belangnya sebagai Harimau Asia.

Teruskan usaha ini, PMX dan Kerajaan Perpaduan. Allah SWT bersama-sama orang yang jujur, ikhlas, istqamah, dan beriman!

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun