Konflik Lubnan: Malbatt 850-11 sedia dibawa pulang

ALOR GAJAH – Kerajaan bersedia membawa pulang lebih 800 pegawai dan anggota Batalion Malbatt 850-11 yang kini berada di Lubnan bagi melaksanakan misi pengaman dan kemanusiaan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ia berikutan kebimbangan terhadap konflik dan pergolakan yang berlaku di Asia Barat.

Menurutnya, dua pilihan yang ditawarkan termasuk kementerian mendapat persetujuan terlebih dahulu dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Malaysia sendiri membawa pulang pasukan itu ke tanah air.

Katanya, sehingga kini kementerian terus memantau dengan terperinci situasi yang berlaku di wilayah berkenaan menerusi maklumat yang diperoleh daripada Batalion Malbatt dan PBB.

“Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semasa ke semasa berhubung perkembangan terkini di Lubnan.

“Kementerian telah berbincang berhubung risiko pergolakan di Lubnan sejak tahun lalu dan telah menggariskan beberapa perancangan untuk membawa pulang anggota terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serahan Kunci Rumah Kasih Ihsan Parlimen Alor Gajah di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, sekiranya keadaan terus memaksa kementerian tidak teragak-agak untuk segera membawa keluar pegawai dan anggota Batalion Malbatt tanpa perlu menunggu keputusan daripada PBB.

Ujarnya, langkah itu demi memastikan keselamatan anggota yang bertugas segera dibawa keluar atas nama Malaysia.

“Setakat ini langkah terbaik dengan mengaktifkan pelan evakuasi digerakkan segera jika situasi konflik di wilayah tersebut bertambah buruk,” katanya lagi.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun