Ringgit diniagakan lebih tinggi banding dolar

KUALA LUMPUR – Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang data tenaga kerja AS yang akan dikeluarkan hari ini, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4920/4990 berbanding dolar AS daripada 4.4950/5010 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, memberitahu Bernama bahawa sentimen pasaran dijangka terkawal dengan peniaga memantau data berfrekuensi tinggi seperti Tuntutan Pengangguran Awal untuk mengukur langkah Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya.

“Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.2 peratus kepada 103.179 mata pada Rabu manakala hasil nota Perbendaharaan AS dua tahun merosot satu mata asas kepada 3.96 peratus.

“Indeks ekuiti yang menjadi penanda aras turun, menunjukkan pasaran bimbang mengenai prospek masa depan kemelesetan di AS, yang dijangka mendorong Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar faedah kepada paras yang lebih rendah,” katanya.

Oleh itu, katanya ringgit dijangka mengekalkan kecenderungan dalam jajaran kecil hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0704/0756 daripada 3.0464/0509 dan susut berbanding euro kepada 4.9084/9161 daripada 4.9054/9119 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia naik berbanding pound kepada 5.6968/7056 daripada 5.7122/7199 pada Rabu.

Related Posts

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

PUTRAJAYA – Keperluan peruntukan bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) untuk ditingkatkan dalam memastikan pembiayaan yang mencukupi bagi penyelenggaraan serta kemampanan perkhidmatan itu termasuk keperluan peralatan, sokongan pesawat dan operasi. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

PUTRAJAYA –  Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara menerusi pengukuhan kedudukan fiskal, reformasi hasil yang lebih cekap serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR