Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

KALABAKAN – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka membolehkan Sabah menerima 40 peratus bahagian menerusi pelaksanaan projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu susulan perjanjian yang bakal ditandatangani dengan Petronas dalam masa terdekat.

“Kita berjaya mengadakan perjanjian dengan Petronas dan tidak berapa lama lagi, mungkin dalam beberapa bulan ini, kita akan menandatangani perjanjian dengan Petronas di mana kita akan mendapat 40 peratus daripada floating gas di Sabah ini.

“Di Sandakan, Petronas sudah mendapat satu lapangan minyak dan gas, di sini kita akan dibagi 20 peratus,” katanya semasa berucap merasmikan Program Jelajah Rakyat dan Jualan Rahmah MADANI Parlimen Kalabakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan, di sini, pada Sabtu.

Jelas Hajiji, banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh rakyat dan negeri ini dengan adanya hubungan yang baik di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Katanya, kawasan industri sedia ada khususnya Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) sudah semakin penuh berikutan sokongan pelabur yang semakin baik.

Justeru, Kerajaan Sabah berusaha mengembangkan kawasan perindustrian baharu termasuk POIC di pantai timur dan taman industri berasaskan ekonomi biru.

“Sabah juga semakin mendapat perhatian pelabur hasil pendekatan mesra pelabur yang dijadikan polisi kerajaan dan ia diakui sendiri oleh diplomat asing yang datang ke negeri ini untuk melihat potensi pelaburan yang ada.

“Hampir 40 diplomat asing atau pesuruhjaya tinggi datang berjumpa saya dalam tempoh lima tahun ini, mereka tertarik dengan dasar kita yang mesra pelabur.

“Mereka kata ini akan melonjakkan Sabah ke arah yang lebih baik dan memang inilah yang kita lakukan untuk Sabah,” ujarnya.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan