Scoot terbang lima kali seminggu ke Melaka mulai 23 Oktober

MELAKA – Syarikat penerbangan tambang rendah Singapore Airlines, Scoot, akan melakukan penerbangan lima kali seminggu ke Melaka mulai 23 Oktober ini.

Menurut kenyataannya hari ini, penerbangan itu menjadikan laluan baharu kepada 72 destinasi bertepatan dengan ketibaan pesawat Embraer E190-E2 ketiga dan keempat Scoot, masing-masing yang dinamakan ‘Jalan-Jalan’ dan ‘Travel Kaki’ pada September dan Oktober ini.

Tempahan penerbangan ke Melaka boleh dibuat melalui laman web Scoot, aplikasi mudah alih dan saluran lain secara progresif, dengan tambang kelas ekonomi sebanyak S$69 (RM232.53) termasuk cukai,” katanya.

Jadual penerbangan tertakluk kepada kelulusan atau perubahan oleh kerajaan dan badan kawal selia.

Ketua Pegawai Eksekutif Scoot Leslie Thng berkata syarikat penerbangan itu terus mendapat permintaan yang kukuh sejak pelancaran pesawat E190-E2 pada Mei.

“Kami kekal yakin dengan permintaan untuk perjalanan udara dan mempelawa pelanggan kami menggunakan ‘Jalan-Jalan’ serta meneroka destinasi baharu bersama ‘Travel Kaki’, menyelami budaya tempatan dan mencipta lebih banyak pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan bersama kami,” katanya.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM