Kempen Jiwa Komuniti Madani@Merdeka semarak semangat patriotik

DALAT: Program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka yang dianjurkan oleh Komuniti Madani Rumbia Dalat Sentral telah diadakan di Dewan Kampung Seberang Dalat, baru-baru ini.

Pegawai Penerangan Daerah Dalat, Maria Tungkat, dalam ucapannya, menjelaskan tujuan utama program ini ialah menggalakkan semangat patriotisme dan mempererat hubungan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama, dan bangsa.

“Program ini juga bertujuan menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024,” tambahnya.

Maria turut mengajak masyarakat menyertai kempen Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sepanjang Bulan Kebangsaan, sebagai usaha memperkukuh hubungan dalam komuniti.

Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah erti kemerdekaan oleh pesara askar, Borni Bliko, yang mengingatkan masyarakat supaya menghargai pejuang tanah air yang banyak berjasa kepada negara.

Sementara itu, ceramah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Mukah, berkenaan bahaya penyalahgunaan dadah dan pentingnya menjadi individu yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, dan masyarakat.

Program ini turut merangkumi edaran bahan penerbitan, penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua masyarakat, kuiz kenegaraan, dan penyampaian hadiah kepada kampung yang menjayakan kempen Inisiatif 1R1JG, iaitu JKKK Kampung Seberang Dalat.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan