LKIM sedia batal kelayakan nelayan jual diesel subsidi

KUANTAN – Nelayan yang didapati terbabit dalam kegiatan menjual diesel di laut akan dibatalkan kelayakan subsidi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.

Muhammad Faiz berkata, arahan penutupan premis juga akan diambil terhadap mana-mana pusat jualan diesel nelayan didapati menjalankan aktiviti penyelewengan.

“Kita akan ambil tindakan segera tutup premis jualan diesel nelayan kalau terlibat ketirisan dan penyelewengan.

“Nelayan juga kalau terlibat, kita batalkan kelayakan untuk dapat subsidi.

“Tetapi daripada kajian kita, tidak berlaku ketirisan atau jualan ketara di laut seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

“Kalau ada kes terpencil, sebab kos operasi terbesar nelayan adalah minyak iaitu 60 peratus,“ katanya selepas majlis pecah tanah kilang ais Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Muhammad Faiz turut menyantuni 24 nelayan kawasan Kuantan dan Pekan dengan sumbangan echosounder, tong berinsulasi, gen set, kawat bubu, pukat serta satu enjin 40 kuasa kuda.

Katanya, sejumlah RM75,000 melalui Insentif Peralatan Penangkapan Ikan Nelayan B40 diperuntukkan Kerajaan Madani untuk sumbangan itu.

Mengulas mengenai kilang ais itu, Muhammad Faiz berkata, kerja pembinaan akan dimulakan awal tahun depan dan dijangka beroperasi menjelang Ogos tahun sama.

“Kos untuk (pembinaan) kilang ini kira-kira RM7 juta dan apabila siap nanti, ia mampu mengatasi masalah kekurangan bekalan ais yang sering berlaku antara bulan September hingga Disember saban tahun,” katanya.

Related Posts

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

PADANG BESAR – Kajian analisis keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dilaksanakan bersama tiga universiti tempatan mendapati program itu memberi impak positif terhadap pembangunan pelatih. Ketua Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut