Geng curi basikal berjenama tumpas di Tawau


TAWAU – Geng aktif dalam kegiatan mencuri basikal berjenama di sekitar bandar Tawau akhirnya tumpas susulan penahanan dua lelaki oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di sini, pada Isnin.

Kedua-dua suspek berusia 30 dan 51 tahun itu ditahan oleh sepasukan ’Strike Team’ dari Balai Polis Tawau di dua lokasi berlainan.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, pihaknya sedang menjalankan tugas Op Kesan di sekitar kawasan Taman Ria 7 dan semasa rondaan dibuat, seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di hadapan rumahnya seterusnya dikenal pasti sebagai suspek kes jenayah curi.

“Semasa polis mendekati, suspek cuba untuk melarikan diri serta bertindak agresif namun berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek membawa dua paket plastik lutsinar kecil berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.03 gram dalam poket seluar suspek.

“Susulan penangkapan itu, seorang suspek warga tempatan juga ditahan di Kampung Tanjung Darat, Tawau kira-kira jam 1.30 pagi,” katanya menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Polis Daerah Tawau semalam.

Tambah beliau, hasil serbuan itu, polis menemukan sebuah basikal berjenama yang diubah suai disorokkan di belakang rumah suspek.

Katanya, kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

  • Related Posts

    Tubuh badan khas pantau kementerian terlebih belanja, kurang belanja – Puad Zarkashi

    KERAJAAN disaran menubuhkan badan khas bagi memantau perbelanjaan pembangunan setiap kementerian bagi mengelakkan masalah terlebih belanja dan kegagalan menggunakan peruntukan sepenuhnya. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

    KEPUTUSAN penutupan sekolah akibat jerebu perlu diumumkan secara harian kerana ia faktor tidak boleh dijangka, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek. Beliau berkata, bagaimanapun segala pandangan ibu bapa berhubung…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 6 peratus pada 2027, pelaburan diluluskan RM11.2 bilion

    Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 6 peratus pada 2027, pelaburan diluluskan RM11.2 bilion

    Tubuh badan khas pantau kementerian terlebih belanja, kurang belanja – Puad Zarkashi

    Tubuh badan khas pantau kementerian terlebih belanja, kurang belanja – Puad Zarkashi

    Hasil Sarawak 2026 diunjur RM13.57 bilion, pemberian khas Persekutuan naik RM1.5 bilion

    Hasil Sarawak 2026 diunjur RM13.57 bilion, pemberian khas Persekutuan naik RM1.5 bilion

    KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

    KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

    Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

    Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

    Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

    Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar