Sekat segera pengganas guna AI sebar propaganda

PUTRAJAYA – Kementerian Digital digesa memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada April lalu dikuatkuasakan secepat mungkin.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, keperluan untuk ia dilaksana segera bagi mengekang penyebaran ideologi radikal oleh kelompok subversif itu yang boleh mengancam keselamatan, siber dan fizikal di Malaysia.

Menurut beliau, menjadi kebimbangan pihaknya apabila kumpulan pengganas ketika ini sedang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperluaskan penyebaran ideologi dan propaganda serta menarik penyertaan anggota baharu khususnya golongan muda.

“Ia keterlaluan dan melampau. Berdasarkan kajian dan analisis Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), kumpulan pengganas menggunakan AI untuk memprogramkan propaganda dalam pelbagai bahasa yang disesuaikan dengan keadaan sosiolinguistik sasaran mereka.

“Strategi seperti itu jelas memperlihatkan bahawa kelompok subversif ini sudah terkehadapan dalam menyedia dan menjana bahan berunsur radikal dan ekstrem berdasarkan golongan sasaran secara lebih pantas dengan menggunakan peralatan AI dan menyebarkannya di pelbagai platform media sosial,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan (SEARCCT) mengesan aktiviti kumpulan pengganas yang menggunakan AI bagi memperluaskan penyebaran ideologi dan propaganda serta menarik penyertaan anggota baharu.

Berdasarkan kajian dan analisis agensi di bawah Kementerian Luar itu, kumpulan pengganas menggunakan AI untuk memprogramkan propaganda dalam pelbagai bahasa yang disesuaikan dengan keadaan sosiolinguistik sasaran mereka.

Mengulas lanjut, Ayub memaklumkan, sudah tiba masa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang dikuatkuasakan ketika ini juga dipinda semula, seiring dengan kemajuan teknologi semasa bagi mengekang tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah siber.

Pada masa sama, beliau berkata, anggota keselamatan, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu dipersiapkan dari segi kemahiran dan peralatan moden berasaskan AI dalam usaha memerangi jenayah digital, selari dengan kemajuan teknologi semasa.

“MCPF juga menyokong penuh inisiatif yang sedang digerakkan Kementerian Digital dalam membangunkan penambahbaikan garis panduan Etika dan Tadbir Urus AI (AIGE) bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi libat urus dengan badan antarabangsa termasuk Forum Ekonomi Dunia (WEF).

“Jika dahulu teknologi AI belum begitu popular, tetapi sekarang ia digunakan secara meluas oleh banyak pihak. Oleh itu, dasar, infrastruktur (hardware) dan infostruktur (undang-undang) perlu dikemaskini serta selari dengan kemajuan AI yang sedang berkembang ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ayub berpandangan, tanggungjawab jenayah siber bukan hanya terletak pada bahu kerajaan, namun semua pihak termasuk pertubuhan bukan
kerajaan (NGO), syarikat swasta, institusi perbankan dan orang awam perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengekang kes tersebut daripada berleluasa.

“Infrastruktur dan undang-undang yang sudah dikemaskini tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya rakyat masih belum benar-benar faham akan etika dunia siber terutamanya teknologi AI, serta mengaplikasikannya untuk kebaikan sejagat.

“Orang awam harus peka dan cakna dengan teknologi semasa. AI boleh buat apa sahaja, boleh dijadikan alat penyamaran seseorang, mengubah suara individu dan meniru laman web institusi perbankan negara sepeti yang pernah berlaku sebelum ini malah ia juga boleh menjana teks khusus bagi mempengaruhi golongan tertentu.

“Oleh itu, MCPF menyarankan orang awam supaya lebih berwaspada dan cakna dengan kandungan yang tersebar sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun di media sosial. Jangan mudah percaya dengan tawaran dan ayat yang tidak masuk akal diberikan oleh pihak tertentu,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia