Draf manifesto calon BN Nenggiri hampir siap

GUA MUSANG – Draf manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri sudah di peringkat akhir dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, antara perkara ditekankan dalam manifesto itu adalah sudut modal insan, ekonomi setempat dan perumahan generasi muda.

“Saya sudah ada draf manifesto, saya perlu menunggu dua atau tiga perkara lagi untuk dimasukkan,” katanya ketika ditemui Bernama di Ladang Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC) Sungai Terah, hari ini.

Selain manifesto, Mohd Azmawi berkata, sepanjang tempoh berkempen juga, beliau memanfaatkan pengalamannya dalam arena politik bagi memenangi kepercayaan masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

“Semestinya kalau saya dipilih, saya akan menjadi ‘jambatan’ kepada Kerajaan Persekutuan dalam memperjuangkan masalah rakyat di sini.

“Meskipun saya berperanan dalam proses semak imbang dalam DUN, namun saya juga bertanggungjawab membawa isu-isu Nenggiri ke peringkat Persekutuan,” katanya.

Related Posts

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PERKEMBANGAN terkini dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menimbulkan persoalan besar yang perlu dijawab oleh Pas, iaitu sama ada parti itu benar-benar berkeupayaan memimpin sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Petaling Jaya kini secara rasmi kosong selepas penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat berkuat kuasa Jumaat lalu. Timbalan Yang di-Pertua Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM