‘The Potential of Blue Economy’ bakal dilancar bagi rancakkan ekonomi Sabah

KOTA KINABALU – Sabah bakal melancarkan The Potential of Blue Economy bagi merancakkan lagi ekonomi negeri yang melibatkan penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Sabah akan menganjurkan seminar bertaraf antarabangsa berkenaan Blue Economy yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober depan.

Kata beliau, ini adalah usaha dalam membantu mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan Sabah di bawah pimpinannya akan sentiasa memberi sokongan terhadap Perdana Menteri kerana dapat merasakan perubahan yang positif di bawah pemerintahan Kerajaan Madani.

“Dalam perhimpunan yang bersejarah ini, suka saya ulangi sekali lagi sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahawa kerajaan negeri pimpinan saya akan tetap berdiri teguh di belakang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sokongan padu ini dizahirkan kerana kami dapat merasakan perubahan lebih baik di bawah kepimpinan beliau,” katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Perdana Rakyat Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Hajiji turut yakin di bawah pimpinan Anwar, pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dilaksanakan dengan baik.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir