Program Jiwa Komuniti Madani DUN Stakan erat komuniti dan agensi

KOTA SAMARAHAN: “Program Jiwa Komuniti Madani DUN Stakan merupakan program turun padang dalam sesi libat urus Jabatan Penerangan bersama masyarakat setempat,” kata Pegawai Penerangan Daerah Samarahan Abdul Latip Shamsudin.

Menurut Abdul Latip yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Stakan Hamzah Brahim, program ini juga merupakan platform menyalurkan maklumat dasar dan inisiatif kerajaan kepada seluruh lapisan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jiwa Komuniti Madani DUN Stakan, Dewan Perpaduan Taman Samarindah, Kota Samarahan, hari ini.

Antara agensi yang turut hadir ialah Agensi Anti-Dadah (AADK) Bahagian Sarawak dan Balai Polis Kota Samarahan.

Turut hadir Penghulu Kawasan Merdang Herson John Junjko, Kapitan Kawasan Stakan Pang Chee Hun, ketua-ketua Kaum N17 Stakan serta tetamu jemputan yang lain.

Difahamkan program Program Jiwa Komuniti Madani DUN Stakan dihadiri oleh 100 orang tetamu.

Related Posts

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

SERDANG – Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang membawa kepada hukuman denda hingga RM100,000 dan penjara bagi kesalahan sampah haram kini berada di fasa terakhir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak sedia pendidikan percuma lahir modal insan global

MUKAH – Inisiatif Pemerkasaan Pendidikan oleh kerajaan Sarawak kini berada pada landasan terbaik dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi dan berdaya saing di persada antarabangsa. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

Sarawak sedia pendidikan percuma lahir modal insan global

Sarawak sedia pendidikan percuma lahir modal insan global

Aminuddin reda keputusan PRN, yakin pelapis PH mampu bangkit

Aminuddin reda keputusan PRN, yakin pelapis PH mampu bangkit

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

Calon MB BN Negeri Sembilan belum dimuktamadkan

Calon MB BN Negeri Sembilan belum dimuktamadkan