Ramai peniaga layak belum daftar Budi Madani

KUANTAN – Kerajaan belum berpuas hati dengan data terkini pendaftaran program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) MySubsidi Diesel kerana ramai yang layak belum memohon subsidi bahan bakar itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup​ (KPDN)​, Fuziah Salleh berkata, setakat ini sebanyak 259,141 daripada 410,000 kenderaan yang layak telah membuat permohonan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat hari ini.

Menurutnya, bagi kenderaan lori pikap untuk Budi Madani pula, sebanyak 100,000 pemilik yang sudah mendaftar daripada 300,000 kenderaan yang layak.

“Justeru, secara tidak langsung kos mereka akan meningkat kerana mereka layak mendapat diesel pada harga RM 2.15 seliter, tapi mereka terpaksa beli dipam dengan harga RM 3.35,” katanya selepas sesi libat urus SKDS 2.0 di Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, hari ini.

Fuziah memberitahu kesibukan dengan urusan seharian antara punca orang ramai tidak membuat pendaftaran bagi mendapatkan subsidi diesel selain kesukaran untuk mendaftar secara dalam talian.

“Jadi, bagi memastikan mereka layak mendapat harga subsidi diesel, KPDN akan mengadakan lebih banyak sesi libat urus seperti yang dilakukan hari ini.

“Perlu ada interaksi dua hala supaya mereka mendapat maklumat mengenai pendaftaran subsidi ini, kelulusan dan sebagainya,” ujarnya.

Related Posts

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan