Kelab sukan tempatan mampu lahirkan atlet negara – Adam Adli

KUCHING – Pendaftaran kelab sukan di Kementerian Belia dan Sukan semakin mendapat sambutan daripada pengiat dan pencinta kecergasan di negeri ini, khususnya Kuching.

Sarawak mencatatkan sebanyak 1469 jenis kelab sukan yang telah berdaftar di bawah Pesuruhanjaya Sukan Malaysia melalui saluran digital yang disediakan seperti di e-Rosa.

“Sebenarnya sukan-sukan yang sedia ada tercipta disebabkan oleh sokongan Tuan Puan di peringat kelab. Tanpa adanya sokongan daripada anda semua, amat mustahil untuk pihak kami menjalankan visi dan misi jabatan,” ujar Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia di sini pagi tadi selepas merasmikan Program Klinik MYKB Badan Sukan Peringkat Bahagian Samarahan, Sarawak anjuran Pejabat Pesuruhanjaya Sukan Malaysia Rantau Sarawak dengan kerjasama Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.

Tambahnya lagi halangan utama kerajaan sekarang adalah untuk mencari atlet-atlet di pendalaman.

Secara tidak langsung, penubuhan kelab sukan seperti ini akan mampu untuk menggalas tugas dalam mencungkil bakat anak-anak muda tempatan amnya di pendalaman Sarawak serta menjadi agen perubahan bagi pembangunan sukan di Sarawak.

Seterusnya beliau juga menggalak agar setiap kelab yang sedia ada mahupun yang baharu sahaja berdaftar untuk menambah ahli-ahli kelab mereka. Semakin bertambahnya ahli kelab maka semakin kuat kelab tersebut untuk membantu dalam pembangunan sukan di Malaysia.

Bagi mereka yang aktif di dalam bidang kecergasan dan kesihatan serta berminat untuk menubuhkan kelab di bawah Kementerian Belia dan Sukan, anda boleh ke laman sesawang https://erosa.kbs.gov.my untuk mendaftar.

Related Posts

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harimau Malaya tumbang di Stadium Rajamangala

IMPIAN Harimau Malaya meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala ASEAN 2026 lebur selepas tewas 0-2 kepada Thailand dalam aksi Kumpulan B di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi. Skuad negara yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang