Dua PPS dibuka akibat banjir kilat

TANJUNG MALIM – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan lebih 30 mangsa banjir yang melanda kawasan ini dan Behrang, dekat sini.

Dua PPS itu dibuka di Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen di Behrang dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Husin berkata, PPS di Dewan Kampung Pauh menempatkan lima mangsa banjir membabitkan sebuah keluarga dari Kampung Sri Behrang.

Sementara PPS di SMK Khir Johari menempatkan 31 mangsa banjir membabitkan enam keluarga dari Kampung Ketoyong dan Kampung Leonardo.

“Ketika ini hujan masih berlaku di kawasan berkenaan dan dijangka akan ada lagi pertambahan mangsa banjir di PPS terbabit,” katanya.

Sementara itu tinjauan Berita Harian di Kampung Berop, di sini juga mendapati beberapa perkarangan rumah penduduk mulai dipenuhi air akibat hujan lebat berterusan.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai