Skim i-Push terus bantu usahawan Pahang

KUANTAN – Seramai 1,200 usahawan di Pahang terpilih menerima Skim i-Push Fasa 3 yang akan mula diagihkan kepada pemohon bulan ini.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, jumlah ini terus meningkat sejak ia diperkenalkan Kerajaan Pahang pada tahun 2021 bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi menerusi sektor keusahawanan.

“Permohonan untuk i-Push fasa 1, 2 dan 3 ialah 5,177 permohonan, yang kita luluskan untuk fasa ketiga ini sahaja 1,200 dan kita galakkan supaya orang datang lagi untuk temuduga dan memohon.

“Kerana banyak permohonan sebelum ini gagal sebab dari segi dokumen tidak lengkap.

“Macam Pernas (Perbadanan Nasional Berhad) dan Kuskop (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) yang banyak membantu membangunkan usahawan, pemohon sekurang-kurangnya kena ada (daftar) SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan penyata bank.

“Ini perkara asas dalam berniaga, kalau tidak ada menda (dokumen) ini macam mana kami hendak bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program BizFrancais Pahang 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, hari ini.

Hadir sama ialah pemangku Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi Pernas, Tengku Mohamed Fadhli Tengku Hamzah dan Setiausaha Bahagian (Pembangunan Francais dan Vendor) Kuskop, Chek Zainuddin Chek Jusoh.

Seramai 93 usahawan francais dari Pahang telah menerima pembiayaan berjumlah RM18 juta melalui Pernas sejak tahun 2010.

Pada tahun ini pula, seramai lapan usahawan Pahang menerima pembiayaan berjumlah RM1.5 juta.

Pernas juga telah membiayai seramai 212 usahawan Pantai Timur dengan peruntukan RM46 juta sejak tahun 14 tahun lalu.

Pahang adalah lokasi ketiga bagi siri jelajah Program BizFrancais selepas Sarawak dan Pulau Pinang.

Related Posts

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

PUTRAJAYA – Keperluan peruntukan bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) untuk ditingkatkan dalam memastikan pembiayaan yang mencukupi bagi penyelenggaraan serta kemampanan perkhidmatan itu termasuk keperluan peralatan, sokongan pesawat dan operasi. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

PUTRAJAYA –  Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara menerusi pengukuhan kedudukan fiskal, reformasi hasil yang lebih cekap serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun