Meta jamin tiada gangguan siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin

KUALA LUMPUR – Kerajaan diberikan jaminan oleh Meta Platforms Inc (Meta) bahawa tiada gangguan siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil esok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, jaminan itu diberikan oleh pegawai tertinggi Meta agar kelancaran siaran langsung berjalan dengan baik di semua platforn media sosial negara serta pihak media.

“Saya telah memberi penegasan dan amaran kepada pasukan Meta bahawa malam esok kita akan ada acara ini Himpunan Pembebasan Palestin, akan ada siaran secara langsung dan minta supaya mereka berikan kerjasama.

“Saya nak lihat mereka menterjemah untuk walk the talk dengan memastikan siaran bukan hanya di Facebook Perdana Menteri, tapi juga dalam kalangan rakan-rakan media tidak diganggu selama perhimpunan itu berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan kempen #KasiJadi J&T Express dan ulang tahun keenam syarikat penghantaran antarabangsa itu, di sini hari ini.

Fahmi juga berharap dengan jaminan itu, isu penurunan siaran langsung perhimpunan serupa yang dijalankan pada tahun lepas tidak berulang.

“Saya telah bercakap dengan pihak Meta dan memberi penegasan kita tidak (mahu) lihat perkara ini berlaku seperti sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pihak Meta juga akan memberi penjelasan berhubung isu penurunan hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di platform media sosial, dalam satu pertemuan pada Isnin ini.

Beliau berharap pertemuan itu berjalan lancar kerana tidak mahu berlaku sebarang gangguan kepada siaran langsung termasuk di Facebook, TikTok dan platform media sosial lain akan berlaku pada masa hadapan terutamanya berkaitan Palestin.

“Ini kerana pihak Meta telah memaklumkan bagi ketua negara atau ketua kerajaan, menteri-menteri atau pegawai-pegawai memang diberikan satu pertimbangan yang khas bila membincangkan soal Palestin,” katanya.

Terdahulu, Fahmi menyatakan kekesalan kerajaan dengan tindakan penurunan hantaran oleh Perdana Menteri berhubung pembunuhan Haniyeh oleh pihak Meta dan telah memohon penjelasan bagi perkara itu.

Mengenai perhimpunan yang akan bermula pada 6 petang esok dan dihadiri oleh Anwar, Fahmi berkata, kira-kira 20,000 orang dijangka hadir ke stadium tersebut.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik