Karnival Selangau 2024 pamer kekayaan warisan

SELANGAU – Karnival Selangau 2024 yang diadakan pada 26 Julai hingga 28 Julai mampu mengetengahkan kekayaan warisan.

Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta berkata, karnival ini dapat memperlihatkan betapa berwarnanya kebudayaan serta berpotensi besar untuk melonjakkan industri pelancongan di Sarawak.

Tambah Edwin, karnival ini bukan sahaja memberi hiburan tetapi menjadi platform yang penting untuk memupuk nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Ini merupakan satu manifestasi bahawa kita mampu hidup dalam harmoni dan saling menghormati.

“Perpaduan ini merupakan asas kepada kestabilan dan kemajuan Sarawak,” katanya lagi.

Edwin turut berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak kerana turut menjayakan penganjuran Karnival Selangau 2024.

Pada masa yang sama, RM1.5 bilion diperuntukkan Kerajaan Negeri Sarawak ke atas kawasan DUN Machan, Ngemah, Tamin, Kakus bagi membaik pulih serta meningkatkan infrastruktur dan sosioekonomi masyarakat di kawasan ini.

Turut hadir Pengerusi Sibu Rural District Council, Sempurai Anak Petrus Ngelai; Setiausaha Sibu Rural District Council, Ng Siang Wei; Pengerusi Pengelola Karnival Selangau 2024, Kaunselor Minggu Anak Angga; Pegawai Daerah Selangau, Yalin Anak Asan dan Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias.

Pelbagai aktiviti yang dipertandingkan turut memeriahkan karnival ini seperti pertandingan Safari Rakit, futsal, karaoke, pertandingan keling & kumang, ‘pekit main asal Iban’ (pertandingan budaya dan tradisi Iban), larian komuniti, menyumpit, pertandingan kugiran dan perlumbaan bot kuasa kawalan jauh.

Related Posts

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah