Sekolah vernakular terima dana syarikat arak, judi sejak kerajaan BN, PN

PUTRAJAYA – Amalan menerima sumbangan yang dikutip daripada industri minuman keras dan perjudian untuk membiayai sekolah vernakular dan tokong Cina telah pun lama dilaksanakan sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana BN ketika memerintah berpendapat duit kerajaan hasil judi dan arak boleh digunakan, asalkan tidak diberi sumbangan dana itu ke masjid.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tiada yang tidak kena dengan tindakan sekolah vernakular menerima dana sumbangan syarikat minuman keras dan judi.

“Soal syarikat-syarikat minuman keras dan judi menyumbang kepada sekolah-sekolah vernakular dan sebagainya itu diamalkan Barisan Nasional dahululah.

“Kita beri kepada tokong, beri kepada sekolah vernakular dan itulah amalan yang diteruskan oleh kerajaan sekarang,” katanya kepada media pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), Gombak, lewat malam tadi.

Sementara itu, Khaled juga menyoal pendirian PN berhubung isu terbabit memandangkan gabungan itu tidak pernah mengambil tindakan terhadap amalan yang kini dikritik mereka semasa memegang kuasa.

“Kalau itu tidak betul, mengapa semasa mereka menjadi kerajaan mereka tidak hentikan amalan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kontroversi Konsert Pengumpulan Dana Pendidikan Cina Tiger-Sinchew kerana Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman ​​Athirah Sabu dilihat memegang cek olok-olok yang memaparkan logo jenama bir itu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, ia mengekalkan garis panduan sedia ada yang melarang sekolah menerima sumbangan daripada hasil arak, dadah, perjudian dan aktiviti seumpamanya yang dianggap memudaratkan pembangunan pelajar.

Bagaimanapun, KPM menjelaskan sekolah vernakular masih boleh menerima sumbangan daripada lembaga pentadbiran, seperti yang diamalkan pada masa lalu.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mengecam Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kerana cuba menyemak semula garis panduan kerajaan mengenai sumbangan syarikat minuman keras kepada sekolah vernakular.

Akmal mempertahankan garis panduan Kementerian Pendidikan, menegaskan ia perkara betul untuk dilakukan kerana secara moralnya tidak disenangi jika mana-mana institusi akademik menerima dana daripada syarikat minuman keras.

Loke sebelum ini berkata akan membangkitkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet memandangkan konsert kutipan dana untuk sekolah Cina telah berlangsung selama 30 tahun dan tidak pernah berdepan masalah sehinggalah seorang pemimpin pembangkang membangkitkan isu itu.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil