Pameran Hang Tuah dilanjut secara percuma hingga esok

AYER KEROH- Kerajaan Negeri Melaka berbesar hati melanjutkan Pameran Hang Tuah yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) sehingga esok.

Ketua Penyelidik Institut Kajian Tuah (IKAT), Prof. Datuk Dr. Taib Dora berkata, perkara itu juga sudah dipersetujui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Ketika saya berucap pada penganjuran sebuah program baru-baru ini, beliau (Ketua Menteri) bersetuju menawarkan kemasukan percuma sehingga esok 28 Julai 2024″.

Pameran ini yang telah berlangsung dari 7Jun dilanjutkan selama 3 hari lagi bermula semalam dan berakhir pada esok 28 Julai 2024, bermula dari 10 pagi hingga 10 malam secara percuma.

Berbanding sebelum ini pelawat perlu membayar tiket masuk, iaitu bagi dewasa ialah RM15 (Pemegang MyKad); warga emas dan kanak-kanak RM5.00; sementara itu pelancong asing dewasa RM20 manakala pelancong kanak-kanak RM10.

“Kita berharap agar orang ramai tidak melepaskan peluang kemasukan percuma yang ditawarkan ini bagi mengenali dan melihat sendiri hasil penemuan menerusi kajian yang dilaksanakan IKAT di 22 buah negara bersama penyelidik beberapa universiti tempatan,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun