Generasi muda Sarawak aset penting negara

KANOWIT – “Generasi muda Sarawak merupakan aset terpenting dalam membentuk hala tuju negara khususnya Sarawak,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana.

Beliau berkata, Sarawak memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“Sarawak perlu meningkatkan tenaga pertumbuhan ekonomi antara enam hingga lapan peratus sehingga 2030 sekali gus mampu menjadi kuasa ekonomi digital,” ujarnya.

Tambah Anyi, generasi muda harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selari dengan kehendak semasa agar dapat memanfaatkan dalam membangunkan negeri ini.

“Oleh itu, generasi muda perlu mengambil peluang yang disediakan dan seterusnya berbakti dalam membangunkan Sarawak,” katanya lagi.

Sementara itu, Yayasan Sarawak menganjurkan program promosi pendidikan di semua daerah di seluruh Sarawak.

Program ini bertujuan menyebar luas maklumat berkaitan peluang pendidikan untuk pelajar lepasan SPM dan STPM.

Inisiatif ini mampu membantu pelajar mendapatkan maklumat terkini peluang pendidikan agar mereka tidak tercicir padahal mereka layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya juga berharap kesempatan ini dapat digunakan sebaiknya oleh golongan pelajar,” ujar Anyi.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak Susan Clement, Setiausaha Politik Menteri Perpaduan Negara, Dr Stephen Willam dan Pegawai Daerah Kanowit, Jackline August Jahar.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun