Ada parti pembangkang mahu kerjasama dalam PRU – Zahid

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui ada wakil parti politik pembangkang mahu berjumpa beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, ketika ini beliau masih lagi belum terbuka hati untuk berjumpa dengan wakil-wakil daripada parti tersebut, lapor BH Online.

“Ada delegasi yang datang mahu jumpa saya dan Anwar, saya tidak terbuka hati lagi jumpa mereka.

“Saya pesan jangan dipatuk ular yang sama untuk kali kedua di tempat yang sama,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau di Johor Bahru malam tadi.

Ahmad Zahid turut mengesahkan tiada sebarang perbincangan mengenai kerjasama antara UMNO dan Pas buat masa ini, namun katanya jika pun ada pertemuan, ia dibuat secara tidak rasmi.

Pada 8 Julai lalu, Ahmad Zahid menyatakan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti itu kerana mendakwa kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional (MN) sebelum ini dikhianati Pas.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, jika UMNO mahu membuat rundingan perlu dipastikan parti berkenaan berada dalam keadaan kuat terlebih dahulu.

“Kalau mahu berunding pastikan kita kuat terlebih dahulu, ini the ‘art of negotiation’, kalau kita lemah orang ajak berunding jangan pergi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Presiden UMNO itu meletakkan keyakinan Johor akan terus menjadi deposit tetap BN berbanding di negeri lain dan banyak tugas berat serta tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam mengekalkan kedudukan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri itu juga yakin UMNO serta BN akan terus menjadi kerajaan di negeri ini selepas pilihan raya negeri (PRN) akan datang namun dengan syarat semua pihak dalam parti tidak berpecah belah terutama di peringkat cawangan.

“Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Onn (Hafiz Ghazi) kekal sebagai kubu dan simpanan tetap UMNO.

“Sebagai simpanan tetap banyak tugas berat yang perlu dilakukan. Dulu Sabah simpanan tetap BN tapi kini ‘ke laut’.

“Ada beberapa negeri lagi yang menjadi simpanan tetap sebelum ini. Saya yakin jika soal penyatuan dalam kalangan kita dan soal mengembalikan semangat baharu dalam kalangan akar umbi, Insya-Allah pada PRN akan datang Johor akan tetap bawah BN dan UMNO,” katanya.

Related Posts

Sudah masa politik Malaysia kembali kepada rasional, sederhana – Alexander Nanta

MALAYSIA perlu kembali kepada pendekatan politik yang rasional, sederhana dan inklusif bagi memastikan keharmonian serta kestabilan negara terus terpelihara. Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Alexander Nanta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

PEMBATALAN pelantikan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menghidupkan kembali persoalan mengenai kaedah penyelesaian krisis adat yang pernah disebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari