Reformasi ekonomi pacu dana asing beli saham Malaysia

KUALA LUMPUR – Kesungguhan kerajaan melaksanakan pembaharuan ekonomi serta petunjuk pertumbuhan positif pada masa ini, terus menjadi pendorong pembelian asing dalam pasaran saham Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, tindakan sedemikian turut memaparkan keyakinan berterusan pelabur terhadap negara ini.

“Salah satu sebab kenaikan pasaran saham naik adalah keyakinan pelabur bagi jangka sederhana dan panjang selain menunjukkan dasar kerajaan yang kita laksanakan setakat ini adalah tepat.

“Pada masa sama, limpahan ekonomi itu akan turut dinikmati syarikat-syarikat serta rakyat,” katanya selepas majlis Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia 2023 di sini, malam tadi.

Tengku Zafrul turut memetik kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa ekonomi negara ini diunjur berkembang 5.8 peratus dalam suku kedua 2024, berbanding 4.2 peratus pada suku sebelumnya.

Sehubungan itu, angka positif sedemikian menjadi petanda suntikan lebih banyak dana asing ke dalam Bursa Malaysia selain dalam bentuk pelaburan langsung domestik dan pelaburan langsung asing.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rencana media kewangan Bloomberg yang mengetengahkan pasaran saham Malaysia kembali menarik kehadiran pelabur global berikutan tarikan dari segi perkhidmatan berkaitan kecerdasan buatan (AI) di rantau ini.

Laporan itu menyatakan, dana asing menjadi pembeli bersih ekuiti tahun ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan dasar-dasar bagi menarik pelaburan asing dalam industri semikonduktor dan pembangunan pusat data AI.

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji